Tuesday, December 28, 2010

Cuti 2 Malaysia... Menguji Jentera Lama


Perjalanan menguji jentera lama merentasi empat negeri berjaya dilaksanakan dalam misi merentas dan meniti Banjaran Titiwangsa. Perjalanan bermula jam 4.00 petang (25/12/2010) dari Bukit Beruntung seterusnya menuju ke Bukit Fraser dan turun ke Raub. Perjalanan santai sambil menjejak khazanah lama di kedai-kedai motor sekitar Raub tidak menghadapi sebarang masalah walaupun hujan turun agak lebabt di antara Kuala Kubu Bharu dan Raub.

Basah Kuyup.. Berehat di Fraser Hill.

Destinasi pertama

Perjalana masih jauh

Raub.. dapat gak serba sedikit khazanah purba di sini

Selepas menempuh hujan lebat, cabaran seterusnya bermula apabila terpaksa menunggang dalam kegelapan malam untuk menuju ke Lipis seterusnya Gua Musang. Perjalanan Malam yang terpaksa menempuh hutan rimba dan bukit bukau bukan sahaja memerlukan kekuatan stamina tetapi juga ketahanan spiritual. (huahuahu... ayat power)

Berhenti sat untuk solat

Menjejak Siti Nurhaliza

Nak sampai dah ..

Tiba di Gua Musang pukul 11.00 malam dan alhamdulillah jentera masih dalam keadaan penuh upaya ( Full Power). Penginapan perlu ditempah dan Kesedar Inn menjadi pilihan kerana kawasan berpagar dan selamat untuk meletakkan jentera. Perjalanan santai tidak memberi beban pada jentera serta menjimatkan minyak di samping faktor keselamatan. Penggunaan minyak setakat ini lebih kurang RM 15 sahaja.

Tiba di Gua Musang

Bro Joe.. Masih gagah dan bertenaga

Bilik Penginapan .. complete walaupun cuma RM 50/=

Sebuah katil kelamin dan dua tilam extra

Siap pakej sarapan pagi... mana nak dapat RM 50 je..

Setelah sarapan pagi yang ditaja oleh pihak hotel, sesi meronda ke Pekan Gua Musang bermula. Oleh kerana terlalu awal, kebanyakkan kedai2 khazanah lama masih belum dibuka. Pekan Gua Musang terpaksa ditinggalkan dan perjalanan diteruskan menuju ke Cameron Highland melalui kawasan tanah tinggi Lojing.

Ronda-ronda Gua Musang

Dataran Kesedar, Kelantan Darul Naim

Perjalana sejauh 140 Km yang menempuh kabus tebal dan suhu yang agak sejuk sangat meletihkan dan terpaksa berhenti rehat beberapa kali untuk melonggarkan saraf yang telah kejang. Di dalam perjalanan inilah ngauman Pak Belang kedengaran menyebabkan perjalanan disegerakan dan sesi mengendurkan otot dibatalkan.

Berhenti sat untuk mengendurkan urat..

Di kawasan inilah ngauman pak belang bergema..

Alhamdulillah.. dah lepas kawasan tanah tinggi Lojing... kawasan yang penuh mendebarkan

Perjalanan di teruskan ke Cameron Highland untuk meninjau-ninjau dan sedikit 'shoping' untuk cendermata yang di rumah. Bukan senang mendapat pelepasan. Perjalanan diteruskan untuk menguji jentera lama di kawasan selekoh dan cerun (cameron - Tapah). Ternyata tidak bermasalah.

Ronda2 Cameron

Di kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah perjalanan dihentikan agak lama untuk memberi ruang makan, rehat dan solat di samping memeriksa keadaan jentera.

Perjalan diteruskan tanpa henti ke Bukit Beruntung dan selamat tiba di Bukit beruntung jam 4.00 Petang. Perjalanan 24 jam santai ini sungguh bermakna dan membuktikan...

"JENTERA LAMA KAMI MASIH POWER.. RXS POWERRRR"


"" Gambar dan Cerita Sumbangan Saudara Joe""

"" Konvoi Berdua Merentas Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak""





Sunday, December 26, 2010

RETRO dan KLASSIC motorshow...

Tahun 2011 bermula dengan RETRO dan KLASSIC motorshow.

lokasi : Pekan Ijok, Kuala Selangor
Tarikh : 01/01/2011 Sabtu
masa : bermula 9.00 pagi

Ketegori mcm haritu.
info dari chip mamatkapar RmR..
jom pakat pegi ramai2....kkiiiiitttaaa ssseerrraaannggg....

Wednesday, November 17, 2010

JEMPUTAN MOTOR SHOW RETRO DAN KLASSIC ANJURAN MAJILIS DAERAH SELAYANG - Sabtu 27/11/2010

Jemputan MOTORSHOW dan memeriahkan
KARNIVAL GERAK GENERASI SELANGOR
akan diadakan seperti berikut:-

Lokasi : Parking Lot, Stadium Majilis Perbandaran Selayang
Tarikh : SABTU 27/11/2010
masa : 12.00 tghhari

Ketegori Motorshow :-
1. Vespa/Lambretta
2. Klassic Open ( Clutch dan Kapcai )
3. Retro Open A ( RXS, RXK, GP, TRS .. dan seangkatan)
4. Retro Open B ( TZR, YP, LC, X7, GT, DAYTONA, Raider, MBX, AR... dan seangkatan Termasuk RETRO superbikes)

Hadiah pemenang 1 ~5 setiap ketegori beserta sijil.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!!!!!!!!!!..... saya ulang....PERCUMAAAAAAAAA!!
100 T-shirt percuma untuk 100 penyertaan awal...
jadi..... datang awal..... sapa lambat.... tak dapat!!....SSSSEEERRRRAAANNNGGG

Info dari Suadara Chip Mamatkapar (RMR)

GENG KAKI LARI,GENG FULL THROTLLE,GENG KAKI SHOOT & GENG KAKI KEJANG









Salam dan sejahtera..GENG KAKI LARI,GENG FULL THROTLLE,GENG KAKI SHOOT & GENG KAKI KEJANG antara geng baik2 yang paling aktif menjalankan altiviti2 konvoi..............Dan iaitu pada hari Ahad 14.10.2010 geng ini telah pergi beriadah mandi-manda sambil merapatkan tali silaturahim dikalangan geng2 semua ke Ulu Langat,Selangor..Saksikan gambar yang tak seberapa ini buat tatapan pada yang tidak dapat menghadirkan diri macam saya..layannnnnn..wwwwaaahhhh mmmeriiahhhnnyyaaa...
Gambar dibelanja oleh saudara Pak Din dan Batoloco.

Sunday, October 31, 2010

Taman Negara Pahang







Salam,pada minggu yang lalu iaitu 29-31 Okt 2010,saya telah berpeluang pergi ke Taman Negara di Pahang yang mana antara taman yang paling tertua di dunia. Saya ke sana atas urusan kerja. Saya bersama-sama para wartawan dapat melihat sendiri bagaimana kecantikan alam ciptaan tuhan yang mana hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan disana ialah night walk,canopy walk,rapid shooting,melawat perkampungan orang asli Batiq.
Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI

SALAM,Tahun ini sambutan Aidilfitri dimeriahkan lagi dengan perayaan menyambut ulang tahun Kemerdekaan negara kita yang ke 53 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September 2010.Jadi marilah kita sama-sama bersyukur diatas nikmat kemakmuran,semangat saling bekerjasama,bantu-membantu dan perpaduan diantara kita semua.Disamping kita menyambut hari lebaran Eid Mubarak ini,janganlah kita lupa kepada orang yang tidak berkemampuan berada disekeliling kita.Bersyukurlah diatas nikmat yang diberikan kepada kita semua.Pada yang memandu untuk menyambut raya dikampung halaman,memandulah dengan penuh berhemah,jangan terburu-buru dan yang paling penting pakai tali pinggang keselamatan...Ingatlah keluarga yang tersayang sedang menanti kepulangan anda untuk meraikannya bersama-sama...Pada geng-geng yang bukan beragama Islam ambillah kesempatan ini untuk berkunjung kerumah OTAI-OTAI untuk beraya bersama....RXS/K CLUB,ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya dalam kita berforum terdapat salah kata bicara dan menguris hati para OTAI-OTAI semua.....AAAAADDDDAAAA BBBBRRRAAAAAANNNN!!!

Tuesday, August 10, 2010

RIDE KE PULAU MUTIARA

Setting motor dulu kat kedai Nathan.......kasi power sikit

Homestay kt Kuala Sipetang

Motor kuat ni...........

Motor Champions ni....

Bro JOE dan jenteranya,berlatar belakangkan pantai kuala sipetang....macam xpuas hati Bro Rambo tu...hhhahahha

Bergabung dgn geng dari BM dan Alor Setar....

Tu diiiaaa...ramai oo......siap ada bunga lagi..

Agak2 la geng...perut kasi cover la...kampung kita Bro Rambo cakap....

Ni la dia jurugambar jemputan dari Alor Setar...eeehhheeemmmm...RETRO tu

Group photo berlatar belakangkan Pantai kt Padang Kota

Salah sebuah jentera RETRO yang masih hebat...

Lepak dulu pekena nasi kandar,LINEEEE CCCLLLEEAAAARR!!!

Susun motor kt GURNEY DRIVE...

Gambar kenag2an kt GURNEY DRIVE,sebelum balik...

Baik punya posing....

Bro Rambo dan jentera...ni kat hentian sg perak..

Pekena mee udang kat Tg Piandang...memang terbaik laaa...

Jentera yang depan tu...kena titik oooo....xpuas hati tul lah.....

Gambar group kat atas Jembatan Pulau Pinang...

Inilah barisan kita,yang ikhlas berjuang...

Gambar kt Padang Kota...


Bersiap sedia untuk pulang.......last kopek punya gambar......


Salam Ramadhan dan Selamat menjalankan ibadah Puasa......Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang telah dirancang....pada 7 dan 8 hb Ogos 2010 satu ride telah diadakan menuju ke Pulau Mutiara..Ride ini telah disertai oleh seramai 15 jentera RETRO dari jajahan Sg Buloh dan Bkt Beruntung adalah bertujuan berkenal2an dengan geng RETRO Jajahan Pulau Pinang dan Alor Setar...sambil itu menguji jentera masing2 di highway utara-selatan(PLUS)....Perjalanan bermula dari Bkt Beruntung pada jam 5 petang 7 hb Ogos 2010....Sampai di hentian Sg Perak,jentera RXK MURU telah mengalami kerosakan dan ditunda hingga ke Taiping...Jentera telah ditinggalkan dan Bro MURU terpaksalah naik berdua dengan Bro Anand...Detinasi pertama yg dituju ialah Tg Piandang untuk pekena mee udang.....uuuhhh memang bestla mee udang kt situ...Destinasi kedua homestay kat Kuala Sipetang..apalagi masing2 pun dah penat aktiviti tidur la....
8 Ogos 2010- Bergambar kenag2an kat pantai Kuala Sipetang...8am tepat terus gerak ke Destinasi ketiga pekena nasi lemak lauk ikan keli kat Parit Buntar kg Bro JOE....yang ni pun bbbbaaaaiiikkk ppppuuunnnyyaaa....Destinasi keempat terus gerak ke Jembatan Pulau Pinang,bergambar dan bergabung dgn OTAI BM dan A.Setar. seramai 15 biji jentera....Destinasi kelima Padang Kota,lepak kejap dan seisi bergambar...Destinasi keenam apalagi perut pun sudah lapar pekena nasi kandar LINE CLEAR yang paling popular kat Pulau Mutiara...Destinasi ketujuh Gurney Drive,bergambar...Kami terpaksa meniggalkan Pulau Mutiara dengan seribu macam kenaggan dengan cepat untuk mengambil jentera Bro MURU di Taiping kerana lori sudah sedia menunggu untuk di bawa balik ke Bkt Beruntung...Masa dalam perjalanan pulang pulak 3 biji jentera pula telah mengalami kerosakan...biasalah adat jentera lama..Kami amat2 berterima kasih dengan geng BM dan A.Setar kerana telah melayan kerenah orang2 lama macam kami semua dengan penuh sabar...TABIK SPRING OOOO...Insyaallah panjang umur kita berjumpa lagi...AAAAADDDAA BBBBRRRAANNNNNN!!!!