Terima Kasih..Berkat sokongan rakan-rakan beserta dengan doa, Retro ride 2010 ke Hatyai telah pergi dan pulang ke tanahair yang tercinta dgn selamat. Harapan Aktiviti akan dapat diteruskan pada masa akan datang.. Biasa..la..ride jauh sedikit sebanyak memang ada yang mencemaskan...Sepanjang ride kami seramai 20 buah moto retro..semuanya berjalan dengan teramat baik..semua rider mengikut arahan menepati masa pada setiap cekpoint..Segala urusan di Border berjalan lancar, tiada gangguan...Semasa di Hatyai-Songkhla Thailand pun begitu semua selamat dan semua aktiviti berjalan dengan teratur mengikut program... Ride retro ini amat berjaya..Saya Berasa bangga dengan kumpulan ini....1 Feb kami memulakan ride balik pada jam 9 pagi selamat sampai di Border jam 11pagi dan segala urusan keluar pun berjalan lancar..12 tengahari...Semua rider selamat masuk dan sampai di Changlun.,,makan tengahari. selesai semua perjalanan ke KL diteruskan....Sedikit Debaran berlaku..diantara rider mengalami kerosakan kecil seperti 1. Absober Patah..sebab moto ni Double rider dengan jumlah bebanan 200kg. rider 140kg+co-rider56+barang..Tapi selamat juga diperbaiki...Disetengah perjalan 1 RXK sekincan piston bocor..overload speed 140kmh hari panas.....selamat diperbaiki ada spare piston dan selamat sampai......ini sedikit sebanyak pengalaman kami.Untuk pengetahuan semua ride ini tak memerlukan belanja tinggi..kalau dikira dari Tol Duta..sampai Border...Petrol RM35 dan 2T 2 botol RM24..insuran Thailand RM16...Jumlah anggaran pergi balik RM150-RM180.. Lebih tu untuk keperluan lain..makan, shoping, beli spare parts dll....Hotel semalam RM50-RM60 untuk 2- 3 org.
Perkara penting untuk Ride ke Thailand:-
1. Motor yg sesuai / Lasak
2. Pasport TIDAK KURANG 3 BULAN SEBELUM TAMAT TEMPOH
3. Geran Original Nama sendiri/owner
4. Kalau Motor nama owner lain... Surat pengesahan/KEBENARAN dari Owner.(Authorize letter)
5. Wang Saku yang secukupnya
6. Kelengkapan asas motor (2t, plug, toolbox, tiub, dll)
7. Roadtax tamat tempoh tidak kurang dari 1 bulan sebelum tarikh masuk thailand.
8.Duta tol sampai Hatyai lebih kurang 500km sehala
9. Yang paling penting metal dan fizikal mau mantap.
10. KL(tol duta) border - 438km
11. Border sadao - Hat-yai 60km
12. Hat-yai town - samila beach songkhla 38km
DAN YANG PALING-PALING PENTING SEKALI RESTU DARI PARA ISTERI DAN KELUARGA BAGI YANG BELUM NIKAH...HHHEEEE
SEDIKIT GAMBAR YANG DIBELANJA OLEH SAUDARA JOE
Para otai2 semua mengaminkan doa yg dibaca oleh En.Ustaz sebelum memulakan perjalanan
Berhenti jap isi minyak dulu...
Sampai border...walaupun penat tetap maintain kemacoan masing2
IMIGRESEN CHECKPOINT
Bro Sham,Bro Nathan dan Bro Joe walaupun xhensem(jgn marah aa) tetapi tetap mementingkan keselamatan...harap menjadi ikutan untuk semua para otai2 semua...
Barisan jentera2 yang mantop