Monday, January 26, 2009

Retro Motor Rider di Bagan Lalang


Perjumpan rakan-rakan penunggang motor era 80-an telah berlangsung selama tiga hari di Pantai Bagan Lalang, Selangor. Pelbagai jenis motor era tersebut turut dipemer untuk tatapan pengunjung. Seorang rakan Kesumba turut hadir pada 27 Januari 2009 untuk meninjau suasana di samping mencuri idea untuk pembikinan dan penambahbaikkan jentera yang dimiliki beliau.


Boleh dicontohi


++++

Sunday, January 25, 2009

Konvoi ke Bukit Fraser, Pahang

Konvoi ke Bukit Fraser, Pahang

RXS Retro Club Kesumba menggegak gempitakan kedamaian Bukit Fraser pada 25 Januari 2009. Konvoi peringkat awal ini bertujuan mengesan sebarang kegagalan atau kerosakkan pada jentera sebelum destinasi lebih jauh dipilih pada masa akan datang. Ternyata kesemua jentera berjaya mendaki puncak Fraser dengan mudah dan alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini sama ada pada jentera mahupun peserta konvoi.
"Setting" sebelum memulakan perjalanan

Encik Raybayi (Wak) yang berpengalaman sebagai
mekanik kenderaan tentera turut membantu

Tiba di Jalan Gap dan menunggu waktu untuk ke puncak

Masih kuat dan bermaya

Tiba di puncak

Jentera Sdr Rozi... pertama kali dicuba ntuk pendakian

Macamana ada FZ ni.... Carilah RXS sebiji bro

Motor boleh p.. tapi hati tarak beranilah bro...

Chief of the mission... Mr Johari Zakaria



Pergi dan kembali... lain kali adalah lebih baik diruangkan masa untuk berehat-rehat setelah sampai dan meninjau lokasi

Lawatan Muhibbah Rakan-Rakan RMR

Lawatan Muhibbah Rakan-Rakan RMR

Lawatan Muhibbah rakan-rakan RMR (Retro Motor Rider) Seluruh Bukit Beruntung ke Kesumba pada 24 Januari 2009 di ketuai oleh Cikgu Amri. Lawatan bertujuan berkenal-kenalan sesama penunggang-penunggang motor retro, bertukar-tukar pendapat dan yang utama ialah merapatkan silatur rahim sesama kita.







Jentera Sifu

RX-Special Menawan Puncak Genting

RX-Special Menawan Puncak Genting



Pada dua minggu lepas team rx-s kesumba berjaya menawan puncak Genting tanpa sebarang masalah pada motor-motor retro team tersebut. Konvoi turut diiringi rakan-rakan fz150i. Kami dikhabarkan pada cuti perayaan tahun baru cina akan datang iaitu pada 24 Januari 2009 team kesumba rx-s akan berkonvoi ke fraser hill dan akan turut disertai oleh team rx-s bukit beruntung. Sesiapa yang berminat (rx-s sahaja) untuk turut serta boleh menghubungi encik johari selaku presiden kesumba rx-s retro club.

Clip Video dan Foto Terbaik Minggu Ini... Kesumba RX-S Retro Club


LOKASI : EMPANGAN SUNGAI SELANGOR PERTAK
TARIKH : 04 JANUARI 2009


video

(Keahlian masih dialu-alukan demi merapatkan buhungan silaturahmi sesama kita)

Sdra Muzamir tukang riki spare part RXS
dan motor RXS untuk dijual


Terbukti 'POWER' di jalanraya

Jejaka paling bersemangat Saudara Johari

RX-S yang telah 'disihirkan' menjadi RX-K


Jentera yang menjadi raja jalanraya era 80-an dan kekal hebat hingga kini

Retro Motor Rider - Kesumba

Demam RXS melanda Kesumba... apa lagi rakan-rakan, carilah sebuah untuk konvoi ke Salam Sentosa di pagi minggu atau untuk ronda waktu malam time duty.

Sesiapa berminat boleh hubungi rakan-rakan ahli kelab jalan 3a/6. Ada juga dialu-alukan menyertai Kelab RX-S Bukit Beruntung yang kini telah mencapai keahlian hampir dua puluh orang. Kelab RX-S Bukit Beruntung akan mengadakan konvoi ke Melaka pada 23 dan 24 Ogos 2008.