Wednesday, December 23, 2009

Karnival Moh Belia 1 M"sia Perak 2009..Teluk Intan(Autoshow motor2 lama)

Karnival Moh Belia 1 M'sia Perak 2009......Anjuran:Exco Kesenian,Kebudayaan,Belia dan Sukan Perak,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak...
Tarikh:26-27 Disember ini.......
Tempat:Arena Square Teluk Intan...(berhadapan Dewan Bandaran Teluk Intan Jalan Speedy..)Antara Agenda Program:26hb:SabtuWaktu:9 pagi-5 petang-
Senamrobik-Bintang Karaoke-Pertandingan Mewarna-Pertandingan Kereta mainan Kawalan Jauh-Pertandingan Shuffle dan Poco-Poco-Pertandingan Gubahan Hantaran Kahwin-Family Game Show-Kembara Menara Condong (Treasure hunt)
27hb:AhadWaktu:8.30 pagi-12.00 malam-
AutoShow Kereta Kancil,Proton dan kereta-kereta Lama-
AutoShow Skuter,Motor-motor lama dan klasik-(Siapa2 yg rasa motor tu cantik digalakkan menyertai)
Perhimpunan Kereta Mini Cooper,Austin,clubman,minor bersempena Mini Ke 50 Sedunia-
Mini Konsert Di Ambang 2010(Artis AF7 dan Ito Blues Gang)..
Malam-Pertandingan Audio System Kereta...
MalamLain-lain:Majlis pada hari Ahad dirasmikan oleh Yang Mulia Raja DiHilir Perak-Kereta Mini milik Yang Mulia Raja Dihilir Perak juga di pamerkan bersama..-Yang Berhormat Dato Zainol Padzi turut bersama-sama menjayakan program...-
Setiap ahli RmR ,akan diberi Pas kemasukkan secara percuma dan akan mendapat sehelai baju,makan minum dan Xpac secara percuma pada hari berkenaan...-Pertandingan Motorsikal lama tercantik akan diadakan oleh pihak belia Teluk intan...hadiah berupa Hamper dan medal....Pihak Ostic Teluk Intan menjemput dan mengalu-ngalukan Rakan2 di RmR agar dapat bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut....sebarang pertanyaan boleh menghubungi:Fahme Burger:019-541 7575(Kelab Ostic Teluk Intan)Encik Jayko:016-536 6055(Urus setia Belia Daerah Teluk Intan)P/S:sila maklumkan jumlah kedatangan ahli yang dapat turut serta(sila call 019-541 7575 untuk memaklumkan jumlah kedatangan...Dengan kehadiran Tuan2 semua,moga ianya dapat memeriahkan lagi majlis tersebut...Harap maklum dan terima kasih... JOM OATI2 SEMUA KITA MERIAHKAN ACARA TERSEBUT.....AAAADDDDDAAAAA BBBRRRRRAAAANNNNNN YOB!!!!!!!

Monday, December 21, 2009

GAMBAR2 .. RMR KE KARNIVAL DAN PERASMIAN PUCHONG NITEWALK!!!! - 20 DISEMBER2009

Salam maal hijrah....salam retro......20 Dis 2009 satu lagi edisi sejarah tercatat dalam buku RMR apabila motor2 retro telah sekali lagi berkumpul di PUCHONG sempena perasmian Nitewalk....RXS/K Bkt beruntung telah diwakili oleh saudara JOE seorang diri memandangkan geng2 lain sibuk dengan aktiviti cuti sekolah dan jenteranya telah mengeringkan hatinya meredah HIGHWAY keacara tersebut...pak mod memang tabik springgg ngan saudara JOE yang memang bersemangat RETRO selamanya....khabarnya beliau telah tiba seawal jam 9 pagi lagi dan menempatkan jenteranya dibahagian paling depan sekali......khabar berita dari beliau acara ini memang best giler.....rugi pak mod x pergi ooo.....Untuk saudara JOE....mmeemmmaannnggg bbbrrraaannnnn!!!!!!!!JOE....JOE....hati kau memang kering JOE.....berikut sedikit paparan gambar yg dibelanja oleh saudara MAMATKAPAR RMR...(paste dari azuramengamuk.activeboard.com)

Antara barisan jentera yg hadir



Tiga dari kiri yg warna merah tu lah motor Saudara JOE kita yg hensem.........


Yg ni lak motor dia belah kanan sekali..........cayalah JOE......


Sunday, December 13, 2009

sticker RXS/K 1 MALAYSIA


Salam,sticker motor untuk otai2...RM5 siap pos....ADA BBBRRRAAANNN!!!...



Sunday, December 6, 2009

KEDAI MOTOR


Ini 2T dan 4T Silkolene yg baik dan telah terbukti hingga ke LAOS x caya tanya sifu Cikgu AMLI......

Nak disihirkan ke RXK?....Tank ori ngan ekor sudah ada ooo...

Blok dah xde hantar g reebow....enjin kilat hantar kat IPOH...berbaloi-baloi

motor tauke kedai buar reebow.....alamak rim dia kilat tu dia gosok......

Salam semua otai2....ini adalah bengkel yg direkemen oleh RXS/K Bukit Beruntung...iaitu saudara NATHAN yg hensem tu depan kedai dia....boleh buat cat,overhault dll...dengan harga yg amat berpatutan.....motor ladang kesumba semua adalah hasil kerja tangan beliau....memang puas hati oooooo.....DATANG JGN TAK DATANG.....ADA BBBRRRRAAAANNNN!!!!

TERBAIK DARI LADANG....


RXS/K yg terbaik dari ladang KESUMBA BKT BERUNTUNG....

Monday, November 30, 2009

BAJU KEMEJA UNTUK OTAI2 RXS/K


Salam kepada otai2 semua....diharap sihat bersama keluarga tersayang...memerlukan komen yg membina dari otai2 semua berkenaan baju rasmi geng otai RXS/K.....sila bagi pendapat diruangan C-BOX.....ADA BBBRRAAANNNNN!!!!!!!

Thursday, November 19, 2009

AKTIVITI TERKINI

Salam.....Berikut adalah aktiviti RMR yang terkini.......harap anda semua melapangkan masa untuk ride bersama.....

1. 05/12/2009 - Sabtu Pagi ~ Petang - Jemputan karnival motor - Jalan Cheras.

2. 20/12/2009 - Ahad Pagi ~ Petang - Jemputan Exclusive RMR ke Puchong NITEWALK.

Marilah sama2 kita beri sokongan pada hari tersebut dengan menghadirkan diri bersama-sama jentera masing2...JUMPA DISANA...ADA BRAN????

Wednesday, October 14, 2009

LOGO RXS/K SATU MALAYSIA

Salam....memerlukan komen anda tentang 'LOGO'...sila beri komen diruangan C-BOX...Salam Retro....

Wednesday, October 7, 2009


RMR mendapat jemputan dari Bro Ghani Arafat Editor Majalah Kapcai ke Kuala Lumpur International Bike Rally 2009 yang akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian Park pada 23&24 October 2009(Jumaat dan Sabtu)...Kepada semua RMR's dialu-alukan ke Event tersebut...
Amacam ada berani...dekat je tu.....KUALA DGN MELAKA BOLEH...TAK KAN KL TAK BOLEH...BOLEH-BOLEH KAN LE......

Autoshow konvokesyen2009 di Utem, Melaka 4/10/2009

Gambar kat depan hotel........Parking VIP tu.....

Kanan sekali...YP Aidil yang telah memenangi tempat pertama ketegori 250/350 RETRO

Kanan sekali motor 'sifu' Cikgu Amli yang juga memenangi ketegori RXS/K tempat pertama...

Geng Bkt Beruntung dan 'sifu' bergambar.....hensem2 semuanya


Para juri sedang memberi markah pada motor bro Sham...antara motor tercantik dlm karnival tu......tak sia-sia perhabis RM....... memang cun melecun.....


ALAMAK MOTOR USTAZ XDE DLM GAMBO LE (memang le tak de sebab dia tak pegi,wakilkan motor je..)....JGN MARE AAAA...TUNGGU GAMBAR DARI BRO SAPIRAN......


OOOOOUUUUUUUIIIIIIIYYYYOOOO...BANYAKNYER RXS/K.......




Terima kasih pada cip mamatkapar,han dan bro sapiran yg belanja gambar...

Alhamdulillah, Acara tersebut telah pun selesai dan rasanya amat2 meriah. Walaupun info mengenai acara tersebut cuma diberitahu 2 minggu sebelum Hari raya oleh pihak Utem yang mahukan RMR untuk mengendali acara tersebut dan ianya berlangsung 2 minggu selepas raya..dengan kehadiran lebih 400 motor retro ( sasaran RMR )yang hadir dari segenap pelusuk .... menjawab segala persoalan. Memang meriah dan berjaya.... yang pastinya RXS/K macam biasa...banyak panjang ooooo....mendominasi parking cayalah.....TAHNIAH PADA 'SIFU' CIKGU AMLI DAN AIDIL WAKIL DARI BKT BERUNTUNG YANG MENANG PADA HARI KEJADIAN....RMR memang best.....best.....best......dan memang gempak...........HIDUP RETRO BIKE's.......

Monday, September 7, 2009

Assalamualaikum....
Pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) dengan usahasama Retro Malaysian Riders (RMR) ingin menganjurkan satu MOTORSHOW KLASIK & RETRO sempena Pesta Convo 2009 Universiti tersebut pada 3&4/10/2009 (Sabtu & Ahad) di perkarangan Universiti(UTem) di Melaka... Berbagai acara menarik pada Pesta Convo tersebut disamping itu juga ada pertandingan motor klasik dan motor retro dengan berbagai katagori yang dipertandingkan...Marilah kita beramai-ramai menjayakan lagi Pesta tersebut... Berikut adalah katagori-katagori yang akan dipertandingkan...

KATAGORI A ( Klasik Vespa/Lambretta)
KATAGORI B ( Klasik Cub bawah 90cc)
KATAGORI C ( Klasik Clutch tahun 80an kebawah)
KATAGORI D ( Klasik British- Triumph, BSA dll)
KATAGORI E ( Retro GP,TRS,RXS/K, GTO)
KATAGORI F ( Retro Rider,TZR125, AR125, RD/LC125, RGF125)
KATAGORI G ( Retro 250cc keatas)
KATAGORI H ( Retro Superbike)


Yuran Pendaftaran RM10.00sahaja...
400 pendaftar terawal akan menerima T-Shirt cenderahati di samping kupon makan malam sabtu/t.hari Ahad dan Sijil Penyertaan...
Penyertaan TIDAK TERHAD..
Pendaftaran dibuka bermula Hari Sabtu 03/10/2009 sehingga 10pagi ahad 04/10/2009.

Hadiah....

Tempat Pertama - Menerima Wang Tunai RM100.00 bersama medal dan sijil.
Tempat Kedua - Menerima Wang Tunai RM75.00 bersama medal dan sijil.
Tempat Ketiga - Menerima Wang Tunai RM50.00 bersama medal dan sijil.
Tempat keempat hingga Kesepuluh - Menerima medal dan sijil.


Berminat sila tel nombor yg tertera diatas atau layari laman RMR di azuramengamuk.activeboard.com klik di pengumuman terkini...SALAM

Wednesday, June 17, 2009

Acara Karnival RXS-K anjuran 'RXS-K Bikers Club' lokasi AMPANG POINT


SALAM..pada 14 Jun 2009, satu perjumpaan geng RETRO telah diadakan...Bertempat di Ampang Point mat2 motor disekitarnya telah dijamukan dengan jentera RETRO yang masih bertahan lebih 20 tahun ini...syabas kepada pihak RXS/K Bikers Club yang telah berjaya menganjurkan perjumpaan ini...Hadiah disediakan untuk motor cantik dan motor pelik....dibawah adalah gambar yang dibelanja oleh saudara zul diamond78 RMR...Mengikut katanya perjumpaan akan diadakan lagi hujung bulan ini bertempat di Bkt Jalil...Segala info akan diberitahu kelak....maka persiapkanlah jentera masing2...hadiah menarik menanti oooo...INSYAALLAH!!

RXS yg telah terkena sihir menjadi RXKing....






Monday, June 1, 2009

Santai Retro Malaysian Riders Tahun 2009..update




Konvensyen Santai Retro Malaysian Riders Tahun 2009
Salam....seperti yang telah dijadualkan jentera2 retro telah berkumpul di PD dengan megahnya..diangarkan sebanyak tiga barisan panjang RXS/K telah melabuhkan tongkatnya..terima kasih kepada RMR yang telah menjayakan program sihat ini dengan jayanya... semoga bertemu lagi di tahun hadapan...HIDUP RETRO MALAYSIAN RIDERS...

Gambar ihsan dari saudara rdowners,mamatkapar dan yong90 RMR

Jentera "sifu"bkt beruntung Cikgu Amli...Champion ooooo.....

Wednesday, May 27, 2009

INFO SIHAT-KEMPEN BERHENTI MEROKOK


Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun. Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun. Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun. Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.....KEPADA ANDA PENUNGGANG RXS/K SEMUA DI HARAP DAPAT KURANGKAN MEROKOK ATAU BERHENTI DARI MEROKOK.....INI BOLEH MENGHINDARKAN DIRI DARI PENYAKIT DAN YANG LEBIH PENTING TIDAK MENYEBABKAN KEBAKARAN KEPADA JENTERA ANDA KERANA MANALAH TAHU ADA LEAKING DIMANA-MANA...SUSAH MAHU CARI OOO INI MOTOT......SALAM

Sunday, May 17, 2009

Perkhidmatan jurufoto perkahwinan.













Sesiapa yg berminat mendapatkan perkhidmatan jurufoto untuk sebarang majlis ..hubungi 019-6035337(Muzamir)...harga bermula dari RM600..

Tuesday, April 28, 2009

Karnival Vespa / Lambreta dan Motor Klasik Antarabangsa 2009

Karnival Vespa / Lambreta dan Motor Klasik Antarabangsa 2009 berlangsung di Kuala Kangsar pada 25 April 2009 (Ahad). Kelab RX-S/K tidak ketinggalan menyertai karnival tersebut yang turut di sertai oleh peserta-peserta dari seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan dari negara luar seperti Indonesia, Thailand, Brunei, Singgapura, United Kingdom dan juga Jerman.

Bagi rakan-rakan peserta Kelab RX-S/K Bukit Beruntung yang diketuai oleh Saudara Ujang TG, peserta konvoi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu peserta yang diketuai oleh Sdr Ujang sendiri bergerak di sebelah pagi manakala team Kesumba dan Nathan bergerak pada jam 5.00 pm. Alhamdulillah semua peserta konvoi selamat sampai dan tidak ada sebarang masalah 'major' berlaku. Sikit-sikit tu biasa la... jentera lama katakan.... Kepada warga Kuala Kangsar diucapkan ribuan terima kasih atas sambutan dan terima kasih juga atas penginapan di sediakan...

Team Kesumba berehat di Tapah selepas segala
yang berada ditubuh bergetar ... vibrate

Singgah makan di Bandaraya Ipoh dan sempat melakukan 'forging'
di jalan-jalan utama bandar ini.

Semangat Bro...
Berminat dengan motor Joe ke Datuk...?
Sesi penerangan dan taklimat oleh Bro Joe
Inilah barisan kita.....
Sambutan meriah dari serata tanah air...

Bro 'STIIM' bergambar megah di sisi jenteranya...tukar minyak hitam je masa ke karnival tu..nekad beb..tapi berdesup gak..tak berani oooo...banyak laju..hati kurang kering la katakan..



Antara jentera 's/k' dari bkt beruntung dan sekincan retro otai...uuuuiii memang banyak tu...pedih bijik mata memandangnya yooop..kilat-bilat tu...