Thursday, March 21, 2013

RIDE MAKAN FREE KE TELUK INTAN 24 Mac 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..baru-bar ini negara kita Malaysia yang kita cintai ini telah digemparkan dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu,Sabah dimana telah mengorbankan para parajurit yang berjuang untuk mempertahankan negara yang kita sayang ini. Sebagai tanda sokongan kepada mereka yang telah terkorban dan yang masih lagi berjuang menentang pengganas ini marilah kita membeli baju t-shirt diatas sambil menderma ke Tabung Wira Lahad Datu.Oleh kerana itu pada ride hari Ahad ini 24 hb Mac 2013 ke Teluk Intan atas jemputan Abg Ley PW1,saya akan cuba bawa t-shirt berwarna unggu yang bertulis "SPEED KILLS,SMOKING TOO" sebanyak 25 helai berharga RM10 sehelai dan akan dipakai pada ride hari Ahad ke Teluk Intan.Semua hasil jualan akan disumbang terus kepada Tabung Wira Lahad Datu. Disamping itu juga kita akan menjadi duta keselamatan jalanraya pada semua masyarakat apabila kita memakainya....Ini adalah sedikit sumbangan kita untuk menyokong para pejuang kita yang sedang bertarung nyawa mempertahankan negara Malaysia yang kita cintai ini..Pada sesiapa yang nak ikut ride ini bolehlah menghubungi 019-3158984 en Joe untuk keterangan lebih lanjut...................................ADA BBBRRRRAANNN!!!!!

No comments:

Post a Comment