Thursday, March 7, 2013

FILEM RETRO SEPANJANG ZAMAN....AZURA 1984



Filem melayu pertama yang berjaya mencapai box-office, filem Azura, lakonan Jamal Abdillah Zack) dan Ogy Ahmad Daud (Azura) serta di arah oleh Deddy M. Borhan memang satu filem melayu yang boleh dibanggakan.

Filem dimulakan dengan babak cabaran perlumbaan haram motorsikal di antara dua kumpulan muda-mudi. Di dalam perlumbaan yang terganggu oleh serbuan polis itu Zack telah terbabas di pusingan terakhir lalu tercedera dan pengsan.
Zack dijumpai oleh sekumpulan pelajar sekolah yang sedang berjoging. Walaupun dinasihati rakan untuk menjauhi Zack, namun cik Azura tidak sampai hati lalu menolongnya.
Setelah sembuh, Zack pergi ke sekolah tempat Azura belajar secara selamba dan dengan membawa sejambak bunga sebagai tanda terima kasih. Zack juga sempat memberi nasihat yang membina untuk semua rakan sekelas cik Azura. Zack yang sudah jatuh hati kepada Azura, mula menunggu di luar perkarangan sekolah setiap hari untuk mencuri hati Azura namun tidak diendahkan Azura pada mulanya. Modal mengayat Azura adalah mengajak menonton wayang. Zack berusaha menambat hati Azura dengan berbagai cara termasuk menunggu dia di perkarangan sekolah setiap hari. Usaha Zack tidak di pedulikan Azura pada mulanya. Namun, Azura telah berjaya mengubah karekter Zack yang nakal kepada seorang yang baik dan berbudi bahasa.
Zakaria atau 'Zack' merupakan seorang pemuda yang hidup di dalam sebuah keluarga yang mewah. Setelah kematian ibunya sewaktu dia kecil, Zack membesar tanpa bimbingan yang sewajarnya. Oleh kerana kesibukan ayahnya mengurus perniagaan, Zack dan ayahnya jarang berjumpa. Hubungan mereka bertambah renggang setelah Datuk Puteh berkahwin lain. Zack memilih untuk hidup bersendirian di salah satu rumah milik ayahnya dan ayahnya hanya mengirim wang setiap bulan kepadanya.
Walaupun 'gentleman' dan bersopan-santun, Zack yang tidak diberikan perhatian mula berkelakuan liar dan menubuhkan sebuah kumpulan motor(Motor Model RD menjadi ikon dan kegilaan remaja ketika itu).
Azura adalah seorang remaja yatim piatu yang hidup menumpang nasib kepada ibu saudaranya setelah kematian ibu bapanya di dalam satu kemalangan. Selepas waktu sekolah, Azura terpaksa menolong ibu saudaranya menjaga kedai makan.
Mereka lalu bercinta tetapi percintaan mereka ditentang oleh ahli keluarga masing-masing. Walaupun dengan tentangan itu Zack tetap mengahwini Azura dan telah dihalau oleh bapa dan Mak Su Azura lalu Zack bekerja berkerja untuk menyara mereka berdua. Zack juga telah meninggalkan kumpulan yang diketuai olehnya. Zack hanya menumpukan perhatian dalam band yang diketuai olehnya untuk memasuki pertandingan kugiran. Oleh kerana Zack kuat bekerja, beliau telah jatuh sakit. Disamping itu juga Azura telah disahkan mengandung dan tidak sempat untuk memberitahu kepada Zack. Konflik telah berlaku dimana Zack hanya tahu tentang kehamilan Azura melalui orang ketiga dimana anak didalam kandungan itu dikhuatiri bukan anak mereka berdua lalu memecah belahkan rumahtangga mereka. Azura membawa diri setelah Zack menyuruh untuk menggugurkan kandungan itu dan setelah didatangi oleh bapa Zack yang menyatakan ingin melanjutkan pelajaran Zack keluar Negara.
Setelah tersedar yang Azura tiada disisi melalui surat yang ditulis oleh Azura, Zack tidak tentu hala dan cuba mencari Azura dimerata tempat. Zack pasrah hingga pada hari pertandingan kugiran. Zack telah dipujuk oleh rakan-rakannya supaya terus masuk dalam pertandingan itu dan telah menyanyikan lagu ciptaannya “AZURA”. Apabila terpandang wajah Azura, Zack semaikin bersemangat menyanyi diatas pentas dan seterusnya menang dalam pertandingan tersebut. Setelah tahu anak yang dikandung oleh Azura adalah anak mereka berdua, Zack memujuk Azura untuk terus bersamanya dan bapa Zack berjanji untuk membawa kedua-duanya melanjutkan pelajaran keluar Negara.
Filem ini dikeluarkan pada tahun 1984 dan menjadi kegilaan remaja pada masa itu. Bagi brader-brader RETRO mesti ada simpanan VCD dalam koleksi masing-masing kan….
TEERRBBAAEEKKK!!!!

No comments:

Post a Comment