Perjalanan menguji jentera lama merentasi empat negeri berjaya dilaksanakan dalam misi merentas dan meniti Banjaran Titiwangsa. Perjalanan bermula jam 4.00 petang (25/12/2010) dari Bukit Beruntung seterusnya menuju ke Bukit Fraser dan turun ke Raub. Perjalanan santai sambil menjejak khazanah lama di kedai-kedai motor sekitar Raub tidak menghadapi sebarang masalah walaupun hujan turun agak lebabt di antara Kuala Kubu Bharu dan Raub.
Selepas menempuh hujan lebat, cabaran seterusnya bermula apabila terpaksa menunggang dalam kegelapan malam untuk menuju ke Lipis seterusnya Gua Musang. Perjalanan Malam yang terpaksa menempuh hutan rimba dan bukit bukau bukan sahaja memerlukan kekuatan stamina tetapi juga ketahanan spiritual. (huahuahu... ayat power)
Tiba di Gua Musang pukul 11.00 malam dan alhamdulillah jentera masih dalam keadaan penuh upaya ( Full Power). Penginapan perlu ditempah dan Kesedar Inn menjadi pilihan kerana kawasan berpagar dan selamat untuk meletakkan jentera. Perjalanan santai tidak memberi beban pada jentera serta menjimatkan minyak di samping faktor keselamatan. Penggunaan minyak setakat ini lebih kurang RM 15 sahaja.
Setelah sarapan pagi yang ditaja oleh pihak hotel, sesi meronda ke Pekan Gua Musang bermula. Oleh kerana terlalu awal, kebanyakkan kedai2 khazanah lama masih belum dibuka. Pekan Gua Musang terpaksa ditinggalkan dan perjalanan diteruskan menuju ke Cameron Highland melalui kawasan tanah tinggi Lojing.
Perjalana sejauh 140 Km yang menempuh kabus tebal dan suhu yang agak sejuk sangat meletihkan dan terpaksa berhenti rehat beberapa kali untuk melonggarkan saraf yang telah kejang. Di dalam perjalanan inilah ngauman Pak Belang kedengaran menyebabkan perjalanan disegerakan dan sesi mengendurkan otot dibatalkan.
Perjalanan di teruskan ke Cameron Highland untuk meninjau-ninjau dan sedikit 'shoping' untuk cendermata yang di rumah. Bukan senang mendapat pelepasan. Perjalanan diteruskan untuk menguji jentera lama di kawasan selekoh dan cerun (cameron - Tapah). Ternyata tidak bermasalah.
Di kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah perjalanan dihentikan agak lama untuk memberi ruang makan, rehat dan solat di samping memeriksa keadaan jentera.
Perjalan diteruskan tanpa henti ke Bukit Beruntung dan selamat tiba di Bukit beruntung jam 4.00 Petang. Perjalanan 24 jam santai ini sungguh bermakna dan membuktikan...
"JENTERA LAMA KAMI MASIH POWER.. RXS POWERRRR"
"" Gambar dan Cerita Sumbangan Saudara Joe""
"" Konvoi Berdua Merentas Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak""
