Sunday, October 31, 2010

Taman Negara Pahang







Salam,pada minggu yang lalu iaitu 29-31 Okt 2010,saya telah berpeluang pergi ke Taman Negara di Pahang yang mana antara taman yang paling tertua di dunia. Saya ke sana atas urusan kerja. Saya bersama-sama para wartawan dapat melihat sendiri bagaimana kecantikan alam ciptaan tuhan yang mana hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan disana ialah night walk,canopy walk,rapid shooting,melawat perkampungan orang asli Batiq.
Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

No comments:

Post a Comment