Monday, September 7, 2009

Assalamualaikum....
Pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) dengan usahasama Retro Malaysian Riders (RMR) ingin menganjurkan satu MOTORSHOW KLASIK & RETRO sempena Pesta Convo 2009 Universiti tersebut pada 3&4/10/2009 (Sabtu & Ahad) di perkarangan Universiti(UTem) di Melaka... Berbagai acara menarik pada Pesta Convo tersebut disamping itu juga ada pertandingan motor klasik dan motor retro dengan berbagai katagori yang dipertandingkan...Marilah kita beramai-ramai menjayakan lagi Pesta tersebut... Berikut adalah katagori-katagori yang akan dipertandingkan...

KATAGORI A ( Klasik Vespa/Lambretta)
KATAGORI B ( Klasik Cub bawah 90cc)
KATAGORI C ( Klasik Clutch tahun 80an kebawah)
KATAGORI D ( Klasik British- Triumph, BSA dll)
KATAGORI E ( Retro GP,TRS,RXS/K, GTO)
KATAGORI F ( Retro Rider,TZR125, AR125, RD/LC125, RGF125)
KATAGORI G ( Retro 250cc keatas)
KATAGORI H ( Retro Superbike)


Yuran Pendaftaran RM10.00sahaja...
400 pendaftar terawal akan menerima T-Shirt cenderahati di samping kupon makan malam sabtu/t.hari Ahad dan Sijil Penyertaan...
Penyertaan TIDAK TERHAD..
Pendaftaran dibuka bermula Hari Sabtu 03/10/2009 sehingga 10pagi ahad 04/10/2009.

Hadiah....

Tempat Pertama - Menerima Wang Tunai RM100.00 bersama medal dan sijil.
Tempat Kedua - Menerima Wang Tunai RM75.00 bersama medal dan sijil.
Tempat Ketiga - Menerima Wang Tunai RM50.00 bersama medal dan sijil.
Tempat keempat hingga Kesepuluh - Menerima medal dan sijil.


Berminat sila tel nombor yg tertera diatas atau layari laman RMR di azuramengamuk.activeboard.com klik di pengumuman terkini...SALAM

No comments:

Post a Comment